Sukanun

Switch to desktop Register Login

Pengenalan Sukanun VIII Featured

Kejohanan Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia Kali Ke-8 2013 akan diadakan di Universiti Malaysia Perlis ( UniMAP ) sebagaimana yang telah diputuskan sempena Majlis Penutup Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia di UMT,Terengganu pada kejohanan ke – 7. UniMAP amat berbesar hati diberi kepercayaan dan tanggungjawab untuk menganjurkan kejohanan ini. UniMAP amat

berterima kasih kepada pihak Jawatankuasa Induk kerana memilih UniMAP sebagai tuan rumah atau hos bagi menganjurkan Kejohanan Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia Kali Ke-8 2013.

Sebanyak 94 pasukan  yang berdaftar sebagai alhi Persatuan Badan Berkanun dijemput untuk mengambil bahagian.  Kejohanan kali ini akan mempertandingkan 24 acara sukan.  Kejohanan ini akan melibatkan seramai lebih 6,000 – 7,000 orang atlit dan pegawai.  Kejohanan ini akan dijalankan secara karnival selama sepuluh (10) hari bertempat di sekitar Kampus UniMAP dan Negeri Perlis.

Last modified on Wednesday, 05 June 2013 04:42
Rate this item
(1 Vote)
More in this category: Objektif Sukanun VIII »

Template Design © Joomla Templates | GavickPro. All rights reserved.

Top Desktop version