Sukanun

Switch to desktop Register Login

Boling Padang




PERATURAN PERTANDINGAN
BOLING PADANG LELAKI & WANITA
SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA

 

 

 

1.0

NAMA

 

1.1

Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Boling Padang Lelaki & Wanita.

 

 

 

2.0

UNDANG-UNDANG / PERATURAN

 

2.1

Semua pertandingan hendaklah mengikut Undang-undang Pertandingan Persekutuan Lawn Bowls Antarabangsa ( Law Of The Sports Of Bowl Crystal Mark Edition ) Persekutuan Lawn Bowls Kebangsaan dan Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

 

 

 

3.0

PENYERTAAN

 

3.1

Kelayakan penyertaan hendaklah mematuhi perkara 4 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

 

 

 

4.0

YURAN PENYERTAAN

 

4.1

Perkara (4) para 4.6 dan 4.7 dalam peraturan Am Sukan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

 

 

 

5.0

PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN

 

5.1

Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini mestilah mengisi borang penyertaan yang disediakan oleh jawatankuasa teknikal dan Pertandingan;

 

5.2

Setiap pasukan mestilah mengandungi tidak kurang daripada lapan(8) orang pemain dan seorang pemain simpanan. Setiap pemain hanya dibenarkan bermain satu disiplin sahaja.

 

 

 

6.0

CARA PERTANDINGAN

 

6.1

Kejohanan ini adalah diantara pasukan.

 

6.2

Acara yang akan dipertandingkan adalah:


Lelaki

Wanita

  • Perseorangan (Single)
  • Perseorangan (Single)
  • Bertiga (Triples)
  • Bertiga (Triples)
  • Berempat (Fours)
  • Berempat (Fours)

 

 

6.3

Permainan akan dijalankan mengikut disiplin permainan.

 

6.4

Susunan pemain hendaklah mengikut aturan permainan dimana acara perseorangan, bertiga dan acara berempat.

7.0

SISTEM PERTANDINGAN

 

7.1

Sistem pertandingan akan mengikut Perkara 6 Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia;

 

7.2

Had masa bermain adalah 15 end atau 1 jam 30 minit yang mana lebih dahulu;

 

7.3

Untuk acara perseorangan, pemain di benarkan Bertiga dan Berempat sahaja. Pertukaran hanya boley dibuat sebelum perlawanan sahaja dan bukan semasa perlawanan sedang berlangsung.

 

7.4

Pertukaran pemain boley dibuat bagi pemain Bertiga dan Berempat sahaja. Pertukaran hanya boleh dibuat sebelum perlawanan sahaja dan bukan semasa perlawanan sedang berlangsung.

 

7.5

Bagi perlawanan peringkat kumpulan, perlawanan akan dijalankan secara liga.

 

7.6

Pemberian mata untuk perlawanan liga:

 

 

Menang

: 3 mata

 

 

Seri

: 1 mata

 

 

Kalah

: 0 mata

 

7.7

Di akhir pusingan liga, pasukan yang mendapat mata terbanyak di kira menang;

 

7.8

Jika terdapat dua atau lebih pasukan yang mempunyai mata yang sama, pasukan yang paling banyak menang di kira menang;

 

7.9

Jika masih seri, pasukan yang memenangi end terbanyak di kira menang;

 

7.10

Jika masih seri, pasukan yang mempunyai skor yang banyak di kira menang;

 

7.11

Jika masih seri pasukan yang mempunyai kelebihan skor di kira menang.

 

 

 

8.0

KELEWATAN

 

8.1

Setiap perlawanan hendaklah dimulakan sebaik sahaja isyarat bermain diberikan dari kelewatan mana-mana pasukan, penati skor akan dikenakan  seperti berikut:

 

 

8.1.1

Mana – mana pasukan yang lewat 5 minit akan member satu (1)skor kepada pihak lawan dan lima minit seterusnya sehinggalah melebihi 15 minit maka kemenangan percuma diberikan kepada pihak lawan dengan skor 7 - 0

 

8.2

Jika permainan telah berlangsung lebih 1 jam atau 8 end dan berlaku gangguan cuaca, keputusan permainan akan diambil kira. Jika gangguan cuaca berlangsung dan perlawanan tidak melebihi 1 jam atau 8 end, perlawanan akan diberhentikan selama 30 minit dan keputusan perlawanan akan ditentukan olej Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

9.0

PAKAIAN

 

9.1

Setiap pasukan hendaklah menggunakan pakaian yang seragam dalam setiap perlawanan.

 

9.2

Kasut hendaklah tidak bertumit dan bertapak rata yang dibenarkan

 

 

10.0

BANTAHAN

 

10.1

Semua bantahan yang dikemukan oleh mana-mana pasukan hendaklah mematuhi Perkara 13 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

 

 

 

11.0

RE – SPOT JACK

 

11.1

Tiada ‘ dead end’ dalam permainan.

 

11.2

Jika jack telah keluar dari ‘rink’ ianya akan diletakkan point terdekat dimana ianya 2 meter dari ‘ditch’ dan 1.5 meter di kiri & kanan ‘T’ mengikut arah keluarnya jack tersebut.

 

 

 

12.0

MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

 

12.1

Rujuk Peraturan AM Perkara 9.0

 

 

 

13.0

PERCANGGAHAN

 

13.1

Perkara (19) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

Last modified on Tuesday, 16 April 2013 01:02
Rate this item
(0 votes)
More in this category: « Olahraga Catur Terbuka »

Template Design © Joomla Templates | GavickPro. All rights reserved.

Top Desktop version