Sukanun

Switch to desktop Register Login

Bola Sepak 9 Sebelah Veteran

PERATURAN PERTANDINGAN
BOLASEPAK SEMBILAN (9) SEBELAH VETERAN
SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA

 

 

 

1.0

NAMA

 

1.1

Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bola Sepak Sembilan (9) Sebelah  Veteran Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

 

 

 

2.0

UNDANG-UNDANG / PERATURAN

 

2.1

Kecuali apa yang tersebut di dalam Peraturan yang menguasai pertandingan ini, maka undang-undang permainan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Badan Berkanun Malaysia hendaklah diikuti.

 

 

 

3.0

PENYERTAAN

 

3.1

Kelayakan penyertaan hendaklah mematuhi perkara 4 dalam Peraturan Am Sukan Badan Berkanun Malaysia

 

3.2

Pemain mestilah berumur 40 tahun ke atas.

 

 

 

4.0

YURAN PENYERTAAN

 

4.1

Perkara (4) Para 4.6 dan 4.7 dalam Peraturan Am Sukan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

 

 

 

5.0

PEMBENTUKAN PASUKAN DAN MASA BERMAIN

 

5.1

Setiap pasukan boleh mendaftar satu (1) pasukan seperti berikut :


BIL

PERKARA

JUMLAH

1

Pegawai

2 orang

2

Jurulatih Pasukan

1 orang

3

pemain

15 orang

JUMLAH

18 orang

 

 

 

5.2

Setiap pasukan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 7 orang pemain sebelum sesuatu perlawanan dimulakan. Jika kurang daripada ini, pasukan tersebut dikira menerima kekalahan dengan jaringan 3-0.

 

5.3

Permainan pada peringkat kumpulan, masa permainan adalah 30 minit bagi keseluruhan permainan dengan 5 minit masa rehat (15 x 5 x 15).

 

5.4

Peringkat separuh akhir hingga akhir masa permainan adalah (20 x 5 x 20).

 

5.5

Pasukan yang menang akan mendapat tiga (3) mata, seri satu (1) mata dan kalah tidak mendapat mata.

 

5.6

Tempoh masa menunggu adalah 15 minit daripada masa yang dijadualkan dan mana-mana pasukan yang melanggar Peraturan akan dikira kalah dan pasukan lawan dikira menang serta akan memperolehi jaringan percuma sebanyak dua (20 jaringan tanpa balas dan tiga (3) mata kemenangan

 

 

 

6.0

PERALATAN DAN PAKAIAN PEMAIN

 

6.1

Pemain dilarang menggunakan atau memakai sebarang peralatan berbahaya kepada dirinya atau pemain-pemain lain termasuk sebarang barang-barang kemas.

 

6.2

Alatan asas yang diwajibkan ialah:

 

 

6.1.1

Jersi atau baju bernombor dan berlengan

 

 

6.1.2

Seluar Pendek / Seluar Thermal

 

 

6.1.3

Stoking

 

 

6.1.4

“Shin Guard”

 

 

6.1.5

Alas Kaki Yang Bersesuaian

 

 

6.1.6   Inner/Thermal Thight –mestilah sama dengan pakaian jersi pasukan

 

 

 

7.0

PERTUKARAN PEMAIN 

 

7.1

Seramai tiga (3) orang pemain boleh ditukarkan pada bila-bila masa juga termasuk masa tambahan. Pemain yang telah diganti tidak boleh bermain semula didalam permainan yang sama.

 

7.2

Pemain gantian mestilah terdiri daripada pemain-pemain yang didaftarkan di dalam borang pendaftaran dan secara rolling subtitues untuk pasukan veteran sahaja.

 

 

 

8.0

PENDAFTRAN PEMAIN

 

8.1

Lima belas (15) minit sebelum bermulanya perlawanan, setiap pasukan hendaklah mengemukakan name Sembilan (9) pemain dan enam (6) pemain simpanan di dalam borang pendaftaran pemain yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola.

 

 

 

9.0

SISTEM PERTANDINGAN 

 

9.1

Peringkat awal akan dijalankan secara liga kumpulan manakala pusingan kedua hingga ke perlawan akhir secara kalah mati.

 

9.2

Johan dan Naib Johan setiap kumpulan layak kepusingan kalah mati.

 

9.3

Tiada masa tambahan diperuntukkan pada pusingan kalah mati. Jika permainan berakhir dengan keputusan seri, tendangan dari tanda hendaklah diadakan. atau;

 

9.4

Rujuk perkara 6 Peraturan Am Sukan Badan Berkanun Malaysia

 

 

 

10.0

CARA MEMTUTUSKAN KEPUTUSAN KUMPULAN

 

10.1

Secara Liga

 

 

10.1.1

Cara memberi mata
Menang  -  3 mata
Seri          -  1 mata
Kalah       -  0 mata

 

10.2

Sekiranya di akhir perlawanan dalam satu kumpulan, kiraan mata diperolehi sama oleh 2 atau lebih pasukan, maka keputusannya akan ditentukan seperti berikut;

 

 

10.2.1

Pasukan yang menang perbezaan gol yang lebih (Goal Difference) akan diistiharkan pemenang;

 

 

10.2.2

Sekiranya perbezaan gol sama, maka pasukan yang menjaringkan paling banyak gol akan dikira pemenang;

 

 

10.2.3

Sekiranya jaringan gol sama, maka pasukan yang kena bilang gol paling kurang (Goal Conceded) akan dikira menang;

 

 

10.2.4

Jika semua perkara diatas didapati sama juga, maka keputusan muktamad akan dibuat secara lambungan syiling.

 

 

 

11.0

SISTEM KALAH MATI DAN SEPAKAN DARI TANDA PENALTI

 

11.1

Sekiranya tamat sepenuh masa permainan keputusan masih lagi seri, maka tiga (3) sepakan dari tanda penalti akan diadakan, jika masih lagi seri maka penalti secara “Sudden Death” akan dilakukan sehingga ada pemenang

 

 

 

12.00

PENANGGUHAN

 

12.1

Jika permainan dihentikan olah pengadil atas sebab pergaduhan atau campurtangan penonton, maka kedudukan keputusan perlawanan akan di tentukan oleh jawatankuasa Tatatertib, begitu juga tindakan ke atas pegawai dan pemain terlibat.

 

 

 

13.0

MENARIK DIRI ATAU MENYERAH KALAH

 

13.1

Perkara 9 dalam Peraturan Am Sukan Badan Berkanun Malaysia digunapakai

 

 

 

14.0

BANTAHAN

 

14.1

Semua bantahan yang dikemukakan oleh mana-mana pasukan hendaklah mematuhi Perkara 13 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

 

 

 

15.0

TINDAKAN TATATERTIB PERMAINAN

 

15.1

Mengenakan penggantungan automatik (10 satu perlawanan bagi pemain yang dikenakan (2) dua kad kuning;

 

15.2

Mengenakan penggantungan automatik (2) dua perlawanan bagi pemain yang dikenakan kad merah atau buang padang;

 

15.3

Penggantungan pemain yang mendapat kad kuning sahaja secara automatic akan terbatal apabila pasukan mereka layak memasuki Peringkat Separuh Akhir.

 

 

 

13.0

PERCANGGAHAN

 

13.1

Perkara (19) dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

Last modified on Tuesday, 16 April 2013 00:20
Rate this item
(0 votes)
More in this category: « Bola Jaring Peraturan AM »

Template Design © Joomla Templates | GavickPro. All rights reserved.

Top Desktop version